Monday 29 August 2016

Tangkap Gambar Passport

Disebabkan aku nak daftar PhD, so kenala tangkap gambar passport. Jadi aku decide, better tangkap gambar kat kedai berdekatan dengan flat yang aku sedang duduk menyewa ni.

So sesiapa yang nak daftar kat UPM, tapi tak sempat tangkap gambar passport, jangan kalut sangat okey? Datang je kat Flat Sri Serdang atau dikenali juga sebagai Flat Ikan (sebelah UPM) sahaja.

Sederet dengan kedai makan mamak tu, ada kedai gambar. Layanan bagus. 8keping gambar passport RM18. Kalau kau rasa harga ni mahal, pandai-pandai lah kau cari kedai gambar yang lain.

Tapi since aku dah terdesak dan malas nak cari kedai gambar lain, so layankan aje. Superb. Amoi tu siap edit kasi hilang sume bintik bintik hitam kat muka aku. Dengan eyebag pun hilang. Senang cerita, flawless wei.. Bila aku tengok semula, seriously ni aku?? Hahahaha adoi.

Tapi apapun setel satu hal untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment