Thursday 25 August 2016

REVIEW: TONIC RAMBUT L'MORY

Assalamualaikum dan salam jumaat..

Hari ini aku nak bagi review sikit pasal tonic rambut brand L'Mory.
Ni gambarnya
Tonik rambut ni acik aku yang belikan. Aku asyik merungut yang rambut aku banyak gugur. Jadi semasa acik aku gunting rambut di salon berdekatan rumahnya di Damansara, amoi salon tu cadangkan penggunaan tonik rambut ni untuk atasi masalah rambut gugur.

So berkesan ke tak tonik rambut ni? Alhamdulilah. So far aku pakai ni, okay la. Kurang juga rambut yang gugur.

Bau dia wangi sangat. Lepas mandi, aku keringkan rambut sikit. Masa rambut masih lembap, aku sapukan tonik rmabut ni dan urut-urut kulit kepala. Lega sangat rasa berangin. Aritu masa aku sakit kepala, pakai pulak tonik ni, rasa best sangat sebab berangin je di kulit kepala.

So kalau sesiape yang ada masalah rambut gugur, bolehlah cuba tonik rambut ni. Aku tak pasti bole beli kat mana. Mungkin di salon atau kedai yang memang jual produk penjagaan rambut.

Hee..oh harganya, dalam RM 20-25 rasanya. Sorry. Aku tak berapa ingat. Tapi masih mampu milik sebab aku pun takde lah nak beli produk mahal-mahal sangat nih.

Okay thank you for reading this post.
Jumpa lagi!

Ciktitami 3.04pm
Atas katil bilik sewa
Cuaca mendung.

2 comments: