Friday 16 September 2016

REVIEW: Quicker Hair Products untuk Rambut Gugur

Hai..
Nak cerita, masa aku ke The Mines, aku ternampak kedai jual barang untuk penjagaan rambut iaitu Karess Hair Care. So, aku pun masuklah. Niat awal nak beli serum rambut sahaja. Tapi sebab salesgirl dia baik, aku pun borak-borak.

Aku cerita lah yang aku mengalami rambut gugur. Sudah beberapa shampoo, tonik rambut aku cuba. Masih belum nampak kesan. Jadi dia suggestkan aku cuba shampoo jenama Quicker. Katanya bagus untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Dan aku pun tanyalah tentang tonik rambut yang bagus untuk atasi masalah rambut gugur, dia cadangkan jenama yang sama.

Pikir punyer pikir, okayla. Aku beli shampoo (RM 25), conditioner (RM 25), hair treatment (RM 25) dan hair tonic (RM 45) brand Quicker. Total RM127.20 tetrmasuk gst. Ni harga set.

Alhamdulilah. Setelah 2minggu aku guna shampoo beserta conditioner dan tonik rambut, rambut aku kurang la gugur. Kalau dulu, bangun tidur, banyak rambut kat bantal. Sekarang still ada cuma berkurang.

Aku suke sangat tonik dia. Bau biasa je. Takdelah wangi. Tapi berangin semacam. Legalah kalau ada sakit kepala. Haha rasa nyaman je.

So kalau korang ada masalah rambut gugur, bolehlah cuba products Quicker ni. Mana lah tahu sesuai dengan you all kan.

Okay itu sahaja. Bye!

Wednesday 7 September 2016

Light Sensation di Maeps Serdang

Hai. Semalam hari pertama Light Sensation di Maeps, Serdang. Amir semangat ajak aku ke sana sebelum dia balik Kelantan seminggu lebih. So apa lagi, layankan aje sebab tiket ditanggung oleh dia. Haha

Tiket masuk dia beli di Seven Eleven. So dapatla harga early bird RM 16. Kalau beli di kaunter masa nak masuk, RM20. Kanak-kanak harga murah sikit tapi aku tak ingat. Hehe.

Okay light sensation ni bermula 7 Sept - 17 Sept 2016. 5pm-12pm. So kalau korang nak dapatkan view waktu sebelum dan selepas lampu dinyalakan, datangla senja dan lepak sana sampai malam. Kawan aku lepak sana dari pukul 6.30-10pm. Tapi aku dan amir ke sana lepas magrib. So tak dapatla tengok view sebelum lampu dinyalakan.

Okay, make sure kalau korang nak ke sana, bawa lah kamera yang ada flash atau kamera yang bole tangkap gambar dengan jelas pada waktu malam. Kalau tak, gambar korang gelap aje. Sebab dah malam kan, memang gelap la! Hehe

Dari tempat parking, ada mereka sediakan bas. Naik je bas tu. Adalah dalam beberapa minit korang naik bas. Kemudian korang kena la menapak ke kaunter tiket. Okay, make sure korang pakai kasut yang selesa. Sebabnya kawasan ni berbukit dan mostly bila kat kawasan lampu2 tu, kawasan padang rumput.

Nah. Belanja gambar satu
 Tgk tu terlebih flash. Haha







Hehehe ni je gambar yang sempat di transfer ke dalam hp. Selebihnya dalam kamera dslr. Nasib baik bawak kamera dslr. Kalau setakat guna kamera hp aku ni, memang tak nampak apa la. Huhuhu

Kat sini ada gerai makan juga. Tapi mostly aku tengok mereka jual makanan ringan. So kalau you all nak jimat, bolehla bawak air dan snack sendiri. Tapi jangan kau bawak berat-berat sangat takut nanti tak larat nak menapak sana sini. 

Kami tak lepak lama sangat pun sebab da lapar. So sejam lebih je kat sini. 

Kesimpulannya, okayla light sensation ni. Lagi okay kalau korang kaki bergambar. Haha 



Monday 5 September 2016

Bibimbap Sedap di One Utama

Hai..
Hari ini nak cerita sikit tentang bibimbap.
Aku ni bukanlah fan kpop atau drama korea. Tapi suka la jugak makan makanan korea.

Aku rasa so far, bibimbap yang kena dengan tekak aku ialah bibimbap yang dijual di Food Republic One Utama.

Aku pernah makan bibimbap di Soopong. Tapi, rasanya, aku lebih suke bibimbap di One Utama. Harga pun okay!

Kalau korang nak cuba bibimbap yang sedap, cubala makan di Food Republic One Utama. Aku lupa level berapa. Tapi sama level dengan kedai Big Apple. Masuk masuk je food court tu, terus nampak gerai makanan korea. Ada macam2.

Aku suke Dolsot Bibimbap Daging. Fuh sedap! Nah. Belanja gambar satu.

Sedapnya... Aku ke One Utama pun semata mata nak makan bibimbap ni. Harga pun dalam rm13+ je. Okayla kan.

Kimchi kat sini pun sedap tau. Masa kali pertama aku makan bibimbap, akak yang beratur depan aku tu siap tapau kimchi. Haha time tu aku fikir sedap sangat ke kimchi ni?

Tapi kali ni, aku pun tapau sekali. Satu mangkuk 600g rasanya rm6.50. Sedap wei.

Huhu so kalau korang nak cuba, boleh la ke Food Republic One Utama. Bulgogi dia pun okay jugak. Tapi aku lagi suke bibimbap!