Thursday 25 August 2016

Medical Checkup Untuk Sambung Belajar di UPM

Assalamualaikum..

Baru-baru ini runsing hal medical checkup. Memandangkan minggu ini minggu pendaftaran bagi pelajar baru di UPM, maka aku perlu selesaikan hal medical checkup secepat mungkin.

Kalau boleh mestilah nak yang paling murah kan. Masa daftar Master masa dulu, aku buat medical checkup di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Sangat murah. Rm20 sahaja. Dan siap dalam masa beberapa jam. Itu 3 tahun lepas.

Tapi malangnya kali ini bila aku telefon pihak klinik, mereka kata, harga akan ditentukan selepas mereka lihat borang kesihatan yang diperlu diisi. Kemudian, perlu buat temujanji dahulu untuk medical checkup memandangkan sekarang ramai pelajar yang datang ke sana untuk buat medical checkup.

Disebabkan aku malas nak buat appointment, aku mengambil keputusan untuk buat medical checkup di klinik swasta sahaja.

Google punye google, aku pilih Megaklinik Zahran yang terletak di Bangi.

Alhamdulilah. Servis sangat memuaskan. Semua ujian (urine dan xray) siap dalam masa 2 jam. Keadaan klinik sangat selesa. Nurse sangat baik dan berpakaian sopan sangat. Doktor pun peramah.

Dan cas medical checkup hanya Rm84. Berpatutan sangat dengan servis yang cepat dan memuaskan. Alhamdulilah. Selesai satu masalah.

Doakan perjuangan PhD aku di UPM berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment