Friday 16 September 2016

REVIEW: Quicker Hair Products untuk Rambut Gugur

Hai..
Nak cerita, masa aku ke The Mines, aku ternampak kedai jual barang untuk penjagaan rambut iaitu Karess Hair Care. So, aku pun masuklah. Niat awal nak beli serum rambut sahaja. Tapi sebab salesgirl dia baik, aku pun borak-borak.

Aku cerita lah yang aku mengalami rambut gugur. Sudah beberapa shampoo, tonik rambut aku cuba. Masih belum nampak kesan. Jadi dia suggestkan aku cuba shampoo jenama Quicker. Katanya bagus untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Dan aku pun tanyalah tentang tonik rambut yang bagus untuk atasi masalah rambut gugur, dia cadangkan jenama yang sama.

Pikir punyer pikir, okayla. Aku beli shampoo (RM 25), conditioner (RM 25), hair treatment (RM 25) dan hair tonic (RM 45) brand Quicker. Total RM127.20 tetrmasuk gst. Ni harga set.

Alhamdulilah. Setelah 2minggu aku guna shampoo beserta conditioner dan tonik rambut, rambut aku kurang la gugur. Kalau dulu, bangun tidur, banyak rambut kat bantal. Sekarang still ada cuma berkurang.

Aku suke sangat tonik dia. Bau biasa je. Takdelah wangi. Tapi berangin semacam. Legalah kalau ada sakit kepala. Haha rasa nyaman je.

So kalau korang ada masalah rambut gugur, bolehlah cuba products Quicker ni. Mana lah tahu sesuai dengan you all kan.

Okay itu sahaja. Bye!

No comments:

Post a Comment