Wednesday 7 September 2016

Light Sensation di Maeps Serdang

Hai. Semalam hari pertama Light Sensation di Maeps, Serdang. Amir semangat ajak aku ke sana sebelum dia balik Kelantan seminggu lebih. So apa lagi, layankan aje sebab tiket ditanggung oleh dia. Haha

Tiket masuk dia beli di Seven Eleven. So dapatla harga early bird RM 16. Kalau beli di kaunter masa nak masuk, RM20. Kanak-kanak harga murah sikit tapi aku tak ingat. Hehe.

Okay light sensation ni bermula 7 Sept - 17 Sept 2016. 5pm-12pm. So kalau korang nak dapatkan view waktu sebelum dan selepas lampu dinyalakan, datangla senja dan lepak sana sampai malam. Kawan aku lepak sana dari pukul 6.30-10pm. Tapi aku dan amir ke sana lepas magrib. So tak dapatla tengok view sebelum lampu dinyalakan.

Okay, make sure kalau korang nak ke sana, bawa lah kamera yang ada flash atau kamera yang bole tangkap gambar dengan jelas pada waktu malam. Kalau tak, gambar korang gelap aje. Sebab dah malam kan, memang gelap la! Hehe

Dari tempat parking, ada mereka sediakan bas. Naik je bas tu. Adalah dalam beberapa minit korang naik bas. Kemudian korang kena la menapak ke kaunter tiket. Okay, make sure korang pakai kasut yang selesa. Sebabnya kawasan ni berbukit dan mostly bila kat kawasan lampu2 tu, kawasan padang rumput.

Nah. Belanja gambar satu
 Tgk tu terlebih flash. Haha







Hehehe ni je gambar yang sempat di transfer ke dalam hp. Selebihnya dalam kamera dslr. Nasib baik bawak kamera dslr. Kalau setakat guna kamera hp aku ni, memang tak nampak apa la. Huhuhu

Kat sini ada gerai makan juga. Tapi mostly aku tengok mereka jual makanan ringan. So kalau you all nak jimat, bolehla bawak air dan snack sendiri. Tapi jangan kau bawak berat-berat sangat takut nanti tak larat nak menapak sana sini. 

Kami tak lepak lama sangat pun sebab da lapar. So sejam lebih je kat sini. 

Kesimpulannya, okayla light sensation ni. Lagi okay kalau korang kaki bergambar. Haha 



No comments:

Post a Comment